Senin, 20 Juli 2015

Makanan Sehat untuk Penderita Paru-Paru

TabloidDokter - Konsumsi lah makanan sehat untuk mendapatkan tubuh yang sehat dan mendapatkan gaya hidup sehat yang sesuai dengan kebutuhan anda. Jangan sampai tubuh anda terkena beberapa penyakit yang akan menyerang beberapa organ yang sangat penting bagi kesehatan anda.

Organ yang sangat penting tersebut salah satunya adalah paru-paru. Kita harus mampu menjaga paru-paru kita agar tidak terkena penyakit apapun. Terutama bagi anda yang memiliki riwayat yang kurang baik pada paru-paru anda. Bagi anda yang merokok paru-paru juga merupakan salah satu hal yang sangat penting

Makanan sehat

Tidak dipungkiri lagi, paru-paru juga membutuhkan makanan sehat yang dapat semakin memacu kerja dari organ ini. Jangan sampai asupan yang kita peroleh malah akan membuat paru-paru kit terganggu. Berikut ini adalah beberapa makanan yang dapat anda konsumsi antara lain:

•  Buah apel
•  Buah anggur
•  Wortel
•  Kacang panjang
•  Kacang kenari
•  Jeruk
•  Bawang merah

Semua jenis bahan makanan ini dapat anda olah sesuka hati namun anda masih harus memperhatikan kandungan gizi yang ada di dalamnya.

Ada baiknya jika sayur-sayur ini dimasak dengan durasi yang tidak tinggi karena akan membuat vitamin yang ada dalam sayur ini terbuang dan pada akhirnya akan membuat sayuran ini tidak bervitamin. Masaklah dengan menu-menu yang menarik agar anda bisa merasakan masakan yang enak.

Kamis, 02 Juli 2015

Unik, Hot Dog Ikan Masin Makanan Paling Popular di Jepun.


Siapa kata ikan masin hanya menjadi makanan rakyat kelas bawah orang Malaysia? Faktanya, ikan masin adalah bahan makanan yang digunakan banyak warga dunia dalam pelbagai sajian. Khusus yang satu ini, anda pasti terkejut kerana mendapati hot dog berisi ikan masin.



Mungkin inilah salah satu masakan unik dari Jepun, Hot Dog Ikan Masin atau nama asalnya Shioyaki Doggu. Shioyaki ertinya adalah garam-panggang, salah satu cara pemprosesan ikan yang cukup terkenal di Jepun. Ikan akan digarami dan dibakar atau diasapi hingga menjadi ikan masin yang awet secara semulajadi, disiarkan oleh rocketnews24.com.



 Menu ini boleh didapatkan di salah satu gerai makanan Kyoto Akuarium, tempatnya di Harvest Cafe yang ada di pintu keluar aquarium. Seorang wartawan cuba menikmati menu yang luar biasa ini. Ikan masin yang digunakan adalah ikan masin utuh, walaupun anda boleh melihat gigi ikan masih terlekat di sana.


Unik, Tugu Peringatan Ini Diperbuat Dari Basikal Terpakai.



The Cyclisk, sebuah tugu besar yang terletak di Santa Rosa, California menjadi pusat perhatian dunia kerana keunikannya.

Tugu yang bentuknya merupakan replika dari Washington Monument ini mempunyai tinggi hampir 20 meter, dan keunikannya adalah kerana monumen ini diperbuat daripada basikal-basikal yang dirangkai dengan jumlah keseluruhan sebanyak 340 basikal.

Tugu raksasa yang unik ini dibuat oleh seniman Mark Grieve dan Illana Spector pada tahun 2010. Setelah mengemukakan cadangan untuk pembuatan tugu dari basikal ini kepada Santa Rosa 's Design Review Board, akhirnya proposal mereka disambut dengan baik dan pengumpulan basikal-basikal pun mula dilakukan.

Keseluruhan tugu ini dibuat dari bahagian-bahagian basikal yang sudah tidak terpakai, yang dikumpulkan dari komuniti berbasikal dan tempat-tempat barang terpakai.

Setelah dikumpulkan kemudian basikal-basikal tersebut dilepaskan rangkaiannya, dibersihkan, baru kemudian dua seniman hebat tersebut mula memulakan projek mereka ini.






Jom saksikan video berikut ini:

TerBukti, Diet Puasa Boleh Panjangkan Umur dan Cegah Kanser.



Bagi umat islam, tujuan utama menjalankan puasa Ramadan adalah untuk beribadah. Namun ternyata manfaat puasa untuk kesihatan ternyata banyak sekali, salah satunya adalah menurunkan berat badan. Puasa Ramadan sendiri dijalankan secara berterusan setiap hari selama sebulan .

Seperti dikutip dari washingtonpost.com, puasa sendiri telah diakui secara berkesan boleh menurunkan berat badan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan fungsi otak. Namun doktor juga tidak begitu saja mengesyorkan diet dengan cara puasa seperti ini jika kesihatan anda tidak benar-benar bersedia melakukan puasa.

Selain puasa , anda juga boleh meningkatkan kesihatan dengan cara melaksanakan puasa selama 5 hari berturut-turut setiap sebulan sekali. Ini bukan hanya jadi cara diet menurunkan berat badan yang berkesan, tetapi sekaligus menjadi cara detoksifikasi tubuh secara semulajadi.

Sebuah kajian pun menunjukkan bahawa peserta yang  berpuasa selama tiga bulan berturut turut selama 5 hari bagi setiap bulan ternyata mampu mengurangkan faktor risiko masalah kesihatan seperti penuaan, kanser, diabetes, dan penyakit kardiovaskular. Diet puasa 5 hari ini pun boleh membantu menurunkan nafsu makan berlebih, orang akan lebih mampu mengawal keinginan makan dan tidak mudah lapar.

Seorang saintis bahkan menjelaskan dalam kajian beliau bahawa menjalani puasa boleh memanjangkan umur dan membersihkan sel-sel tubuh yang rosak dan menjana semula sel-sel baru lebih baik daripada tidak puasa.


Unik, Roti Ditabur Emas Paling Mahal di Dunia.


Tepung gandum, yis dan air adalah tiga bahan utama yang digunakan untuk membuat roti. Namun, dengan menambah serbuk emas yang boleh dimakan, ternyata roti yang dibuat mampu menarik perhatian  orang kaya di seluruh dunia.



Seperti dikutip dari dailymail.co.uk, sebuah kedai roti Pan Pina di Algatocin, Sepanyol, baru saja membuat inovasi. Sebabnya, kedai roti tersebut membuat roti mewah yang bahagian atasnya ditaburi oleh emas.

Pemilik Pan Pina, Juan Manuel Moreno, mengatakan bahawa ideanya ini terinspirasi setelah melihat kopi termahal di dunia yang dijual di wilayah tersebut. Hingga ia pun memutuskan untuk membuat roti yang ditabur serpihan emas dan boleh dimakan.



"Emas itu sendiri tidak mempunyai rasa yang sebenar. Itu hanya menambah kilauan dari roti," ucap lelaki berusia 41 tahun tersebut. "Ini dibuat dari bahan-bahan semulajdi dan segar. Orang percaya bahawa sejumlah kecil emas baik untuk pencernaan."



 Sementara itu, harga yang diberikan juga tidak main-main. Roti bertabur emas ini dijual US $ 150  per 400 gram. Roti Gold Leaf atau roti bertabur emas merupakan roti termahal yang pernah dibuat oleh keluarga Juan.


 Menariknya, peminat roti bertabur emas ini terbilang cukup banyak. Populariti Gold Leaf meroket di rantau Costa del Sol, Rusia, dan juga di negara-negara Timur Tengah.

"Kami mempunyai banyak pengunjung kaya dari Rusia dan China. Mereka selalu mencari sesuatu yang baru untuk menunjukkan betapa kaya mereka," jelas Juan.



Unik, Bentuk Buah Strawberry Ini Seakan Seperti Ayam.


Berkata mengenai buah-buahan yang segar , sesiapa tentu percaya bahawa buah strawberry menjadi salah satu buah yang segar  tersebut. Warnanya yang merah dan sangat cantik serta rasa buahnya yang unik, tidak hairanlah jika buah strawberry menjadi salah satu buah yang paling digemari dan banyak dicari.




Tapi, bagaimana jadinya jika buah strawberry mempunyai bentuk yang luar biasa atau boleh dikatakan bentuk yang unik? Dikutip dari laman dailymail.co.uk, seorang petani buah bernama Ruben mencari satu buah strawberi yang mempunyai bentuk seperti ayam di tanah pertanian miliknya di Grove Farm, Bonnyringg, dekat Edinburgh, Scotland.

Ruben dan keluarganya mengatakan bahawa mereka mencari buah dengan bentuk unik tersebut secara tidak sengaja. Mereka mendedahkan bahawa awalnya, mereka melihat buah strawberi yang kelihatan seperti mempunyai separuh.




Setelah beberapa daun yang menutup buah strawberry unik tersebut di buka, masa itulah mereka melihat buah strawberi yang berbentuk unik seperti seekor ayam. Mereka pun mengambil gambar buah unik tersebut dan mengunploadnya ke laman facebook peribadi mereka. Sejak di upload inilah, buah strawberry ini menjadi terkenal dan banyak netizen yang mengulas mengenai penemuan unik tersebut.

Salah seorang netizen berkata "Mari, kita potong saja lehernya, tenang saja ia tidak akan kesakitan". Ada pula netizen yang mengatakan "Buah yang unik dan berbentuk sangat aneh. Tapi saya gembira dapat melihatnya. Saya punya ayam, tapi saya tidak mempunyai ayam yang berasal dari buah strawberry."


Rabu, 01 Juli 2015

Pasti Hidung Korang Berdarah Jika Lihat Mekanik Motor Paling Cantik Ini.


Wanita cantik yang bekerja sebagai pekerja 'kasar' seperti pemandu bas mini atau mekanik rupanya tidak hanya ada di sinetron atau FTV. Foto-foto yang memperlihatkan seorang mekanik yang cantik berasal dari Malang, tengah ramai dibicarakan di media sosial.

Tidak banyak maklumat mengenai siapa gadis berparas cantik ini. Namun yang pasti gadis tersebut membuat netizen rasa kagum kerana kecantikan dan kegigihannya mencari wang halal dengan menampal tayar motosikal dan kereta.

Gambar itu pertama kali dimuat naik oleh akaun Facebook bernama Krisna Art Era Comp. Dalam gambar kelihatan perempuan muda  begitu cekap mencabut, menampal dan memasang kembali tayar motor yang bocor.

Sambil menambal tayar, gadis itu juga menjual petrol dan mengurus seorang anak kecil yang berada di kedai pinggir jalan itu.





Video: Aksi Penamat Moto Gp Paling Lawak dan Mengerikan Yang Korang Belum Pernah Saksikan.



Valentino Rossi memang memukau penonton dengan aksi dramatik yang ia lakukan terhadap saingannya dari Honda, Marc Marquez di perlumbaan MotoGP Assen Belanda .

Aksi keduanya di tiga lap terakhir perlumbaan, terutama apabila pertembungan berlaku antara keduanya di selekoh terakhir benar-benar hebat. Meskipun bertembung dan keluar litar, Rossi berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat  pertama meskipun harus melalui di luar litar.Namun, tahukah anda, sebelum ini ada juga sebuah aksi menakjubkan di arena perlumbaan yang sama?

Beberapa jam sebelum aksi Rossi vs Marquez, pemandu Finland, Niklas Ajo, sudah memukau ribuan penonton dengan aksi dramatik dan penamat yang menakjubkan.

Pemandu di kelas Moto3 dari RBA Racing Team itu sempat mengelak dan nyaris menghentam sekatan litar di selekoh terakhir. Mujurlah ia berjaya melompat dan mengawal motosikalnya kembali ke litar, dan berjaya menghabiskan perlumbaan meskipun dengan kedua lutut berseluncur di atas litar.


Selasa, 23 Juni 2015

5 Makanan Ini Mampuh Hancurkan Lemak Perut.



Buat korang, baik wanita ataupun lelaki, mempunyai perut buncit tentu bukan pilihan. Sebab perut yang menggelembung akan merosakkan penampilan.

Namun tidak perlu bimbang, kerana dipetik dari laman Boldsky, ternyata ada lima bahan makanan di dapur, yang ternyata mampu menghancurkan lemak di perut, jika dimakan rutin. Ini penjelasannya:

Kobis

Ia ampuh meluruhkan lemak, terutama yang ada di bahagian pinggang. Kobis kaya dengan iodin dan sulfur yang bagus untuk membakar lemak yang berlebihan. Banyak ahli nutrisi menyarankan kita untuk rajin makan kobis guna menurunkan berat badan.

Lobak

Tumbuhan oren ini mempunyai karotin yang berkesan menghilangkan lemak dari tubuh. Yang rajin memakannya akan mendapat keuntungan ganda, kerana di usus karotine akan diubah tubuh menjadi vitamin A semasa proses pencernaan.

Timun

Kerana kaya zat silikon dan sulfur, timun membantu membuang lemak dengan cara melonggarkan sel-sel lemak. Timun juga bagus untuk mengurangkan tahap asid di tubuh kita.

Teh Hijau

Ingin segera langsing? Jangan lupa pengambilan dua gelas teh hijau setiap hari. Minuman ini akan merangsang metabolisme tubuh dan membantu menghancurkan lemak dan kelebihan karbohidrat.

Cili merah

Ia mengandungi capsaicin yang memberi sensasi pedas. Capsaicin ini akan memberi kesan termogenik yang hasilnya, menghangatkan tubuh dan mencairkan timbunan lemak.

5 Langkah Mudah Untuk Melakukan Clean Eating.



Clean Eating adalah gaya hidup sihat yang cukup bagus. Ia dilakukan berdasarkan pada makanan sihat dan segar. Perkara yang mudah bila anda memahami langkah-langkahnya. Berikut cara mudah clean eating dipetik dari laman TodayHealth:

Jauhi makanan olahan

Peraturan pertama dalam menjalankan clean eating, adalah dengan menjauhi makanan yang diproses. Sebab, makanan yang diproses terutamanya yang sudah dalam kemasan, mempunyai kandungan gula, garam, dan bahan pengawet yang berbahaya bagi tubuh. Untuk itu, piihlah makanan yang segar dan tidak dalam bungkusan tin.

Pilih bahan segar

Mengusug gaya hidup dengan clean eating tentunya harus melibatkan bahan makanan yang bersih dan segar. Jadi, pastikan anda mengambil buah san sayur bermusim, yang terjamin kesegaran dan khasiatnya. Mengambil buah imbuhan atau buah import, mempunyai risiko yang cukup berbahaya bagi kesihatan.

Masak sendiri

Ingin gaya hidup clean eating berjaya? Cuba mengolah makanan sendiri. Memasak dan menyiapkan sendiri makanan harian, tentunya akan makin mengoptimumkan usaha anda. Dengan masak sendiri, anda boleh mengukur kuantiti makanan yang akan dimakan. Selain itu, anda juga boleh lebih hemat pastinya.

Jauhi rokok dan alkohol

Kedua hal ini, adalah perkara yang pantang digunakan dalam gaya hidup clean eating. Kerana tentunya kedua hal ini tidak mewakili kata clean, kerana kandungan zat berbahaya yang dimilikinya. Jika anda ingin berjaya menjalankan pola clean eating, pastikanlah untuk tidak menyentuh kedua-dua perkara ini.