Rabu, 22 April 2015

Seorang Ayah Mengemis Berpakaian Seperti Bapok Demi Mencari Wang Untuk Anaknya.



Seorang ayah di Bandar Shanxi, China rela melakukan apa-apa demi menyembuhkan anaknya yang menghidapi kanser. Untuk itu, setiap hari dia berpakaian seperti wanita dan menanti huluran derma para pejalan kaki. Setiap pagi dia berdiri di sudut kota, mengenakan pakaian perempuan, dan mengalungkan foto anaknya yang terbaring lemah di hospital. Dia berharap orang yang lalu merasa sedih dan memberikan sedikit wang untuk membantu kos rawatan anaknya.




Anak lelakinya itu dikenalpasti menderita leukimia pada 2013. Dia akhirnya melakukan pemindahan sumsum tulang belakang pada Februari lalu. Meskipun pembedahan itu berjaya, namun kanak-kanak 9 tahun itu masih perlu menjalani rawatan untuk memastikan cantuman saraf tunjang itu tidak ditolak oleh tubuhnya.




Kos terapi lanjutan inilah yang memerlukan kos besar, jumlah kos yang diperlukan mencapai 600 ribu Yuan . Si ayah yang kini tidak mempunyai pekerjaan berharap ada huluran tangan dari orang-orang di jalanan.





0 komentar: