Senin, 25 Mei 2015

Ngeri, Lelaki Ini Berselfie Bersama Puluhan Ikan Jerung Yang Ganas.


Selfie memang aktiviti yang kerap membahayakan si pelaku. Kali ini selfie yang merbahaya dilakukan oleh lelaki bernama Aaron Gekoski. Seorang jurugambar  ini melakukan selfie di antara ikan jerung ganas yang jumlahnya puluhan.


 Aaron melakukan aksi nekad tersebut di dekat Aliwal Shola, Afrika Selatan, kini masa penghijrahan ikan sardin berlaku tiap bulan Julai, seperti yang dilaporkan oleh Mirror.co.uk. Aaron sebenarnya ingin menunjukkan sedikit bahaya yang ditimbulkan ikan jerung terhadap manusia.

 Ia berkata, "Menyelam di Aliwal Shoal, kita dapat melihat penampakan ikan jerung. Namun aku jamin kita akan tetap berada dalam keadaan yang aman. Aku fikir ber-selfie dengan kumpulan jerung boleh menunjukkan 'mesej' itu."



Kira-kira 1000 juta ikan jerung dibunuh setiap tahun, hanya kerana untuk melayani kuliner di Asia. Di kawasan benua Asia memang banyak negara yang menyajikan masakan yu, seperti sup sirip ikan yu. 


Permintaan kuliner ini mengakibatkan semakin sedikit jumlah ikan jerung dan bukan tidak mungkin jika ikan jerung nantinya akan pupus. Jerung dalam satu tahun membunuh kira-kira 5 orang, dan itu hanya kerana mereka salah identiti, seperti disebutkan dalam sebuah hasil kajian. 

Aaron ingin mengatakan kepada semua orang jika ikan jerung sebenarnya tidaklah berbahaya dibanding dengan manusia. Ia bahkan berkata jika keadaan ikan jerung lah yang sedang bahaya kerana  sikap manusia.



0 komentar: