Selasa, 09 Juni 2015

Kejam, Anjing Ini Dihukum Berdiri Dengan 2 Kaki Oleh Wanita Ini.



Entah kesalahan apa yang telah dilakukan oleh dua ekor anjing berjenis maltese ini hingga membuat tuannya marah dan menghukum mereka dengan cara berdiri dengan dua kaki belakang di sudut bilik.

Selain disuruh berdiri, tuannya, yang diketahui sebagai wanita berasal dari Vietnam juga mengugut kedua haiwan lucu itu dengan menggunakan raket pemukul serangga. Wanita berkulit putih itu menjerit dan memukul raket ke lantai, serta mengarahkannya ke muncung salah satu anjing.

Aksi kekejaman wanita itu beredar di YouTube yang kemudian menyebar luas dengan cepat di media sosial. Dalam video berdurasi 1 minit 22 saat itu kelihatan, beberapa kali kedua anjing terkejut dan ketakutan ketika tuannya memukul raket ke lantai.


Setiap kali  anjing terlihat keletihan berdiri, maka tuannya itu memukul bahagian perut haiwan tersebut. Wanita itu juga kelihatan beberapa kali cuba untuk memukul kaki belakang salah satunya.

Di penghujung video, kerana tidak kuat berdiri dengan dua kaki, anjing maltese berwarna coklat terjatuh kerana tidak kuat berdiri lagi. Tuannya yang melihat kejadian itu hanya boleh ketawa.

 



0 komentar: