Senin, 01 Juni 2015

Ngeri, Suhu Terlampau Panas, Tar Jalan Raya di India Pun Meleleh.


Gelombang panas di India makin menjadi-jadi, dan terus menelan mangsa. Laporan terakhir menyebutkanmangsa maut  mencapai 1,100 orang. Bahkan gelombang panas ini menyebabkan bitumen jalanan di India meleleh. Kematian paling banyak berlaku di negara bahagian Andhra Pradesh. Sebanyak 852 orang terbunuh di negara bahagian ini, dan lebih dari 250 orang terbunuh di Telangana.

Cuaca panas di India melonjak mencapai 50 darjah Celsius di bahagian India utara dan tengah. Suhu sepanas itu, membuat tubuh kekejangan, keletihan, stroke panas, serta dehidrasi akut hingga akhirnya maut. Perkaraini banyak dialami oleh kalangan pekerja bangunan, orang tua dan gelandangan.




Fakta terbaru, daripada sejumlah foto-foto yang dipaparkan oleh Daily Mail, Rabu, 26/5/2015, nampak sebuah zebra cross di India kelihatan rosak kerana asfalt yang meleleh. Suhu yang begitu panas membuat asfalt ini cair dan kemudian mengalir ke titik terendah jalanan tersebut. Fenomena ini tentu saja sangat mengerikan, aspal saja meleleh, bagaimana dengan tubuh manusia?

Untuk perkara ini, Jabatan Meteorologi India telah mengeluarkan amaran merah untuk wilayah Odisha, Jharkhand, dan pesisir Andhra Pradesh. Di wilayah-wilayah ini, keadaan panas semakin diburukkan lagi dengan kemarau serta angin terik berterusan. Sebahagian besar wilayah India utara tercatat diterpa suhu rata-rata mencapai 45 darjah Celsius. Cuaca panas di rantau Agra, tempat Taj Mahal berada, mencapai 46,1Celsius.





Kerajaan, penyedia perkhidmatan kesihatan hospital menyarankan agar masyarakat tetap tinggal di dalam rumah sampai ribut panas berakhir, tidak membuat perjalanan keluar rumah tanpa topi dan minum air untuk mengelakkan dehidrasi.

Kerajaan India juga memutuskan rangkaian elektrik kerana beban pembayaran elektrik tinggi lantaran pemakaian pedingin udara yang berterusan selama 24 jam akibat suhu panas yang tinggi. Lagi-lagi, isu pemanasan global yang berlaku kerana ketamakan manusia menjadi penyebab tahun ini menjadi musim panas terburuk sepanjang sejarah India.



0 komentar: