Selasa, 23 Juni 2015

5 Makanan Ini Mampuh Hancurkan Lemak Perut.



Buat korang, baik wanita ataupun lelaki, mempunyai perut buncit tentu bukan pilihan. Sebab perut yang menggelembung akan merosakkan penampilan.

Namun tidak perlu bimbang, kerana dipetik dari laman Boldsky, ternyata ada lima bahan makanan di dapur, yang ternyata mampu menghancurkan lemak di perut, jika dimakan rutin. Ini penjelasannya:

Kobis

Ia ampuh meluruhkan lemak, terutama yang ada di bahagian pinggang. Kobis kaya dengan iodin dan sulfur yang bagus untuk membakar lemak yang berlebihan. Banyak ahli nutrisi menyarankan kita untuk rajin makan kobis guna menurunkan berat badan.

Lobak

Tumbuhan oren ini mempunyai karotin yang berkesan menghilangkan lemak dari tubuh. Yang rajin memakannya akan mendapat keuntungan ganda, kerana di usus karotine akan diubah tubuh menjadi vitamin A semasa proses pencernaan.

Timun

Kerana kaya zat silikon dan sulfur, timun membantu membuang lemak dengan cara melonggarkan sel-sel lemak. Timun juga bagus untuk mengurangkan tahap asid di tubuh kita.

Teh Hijau

Ingin segera langsing? Jangan lupa pengambilan dua gelas teh hijau setiap hari. Minuman ini akan merangsang metabolisme tubuh dan membantu menghancurkan lemak dan kelebihan karbohidrat.

Cili merah

Ia mengandungi capsaicin yang memberi sensasi pedas. Capsaicin ini akan memberi kesan termogenik yang hasilnya, menghangatkan tubuh dan mencairkan timbunan lemak.

5 Langkah Mudah Untuk Melakukan Clean Eating.



Clean Eating adalah gaya hidup sihat yang cukup bagus. Ia dilakukan berdasarkan pada makanan sihat dan segar. Perkara yang mudah bila anda memahami langkah-langkahnya. Berikut cara mudah clean eating dipetik dari laman TodayHealth:

Jauhi makanan olahan

Peraturan pertama dalam menjalankan clean eating, adalah dengan menjauhi makanan yang diproses. Sebab, makanan yang diproses terutamanya yang sudah dalam kemasan, mempunyai kandungan gula, garam, dan bahan pengawet yang berbahaya bagi tubuh. Untuk itu, piihlah makanan yang segar dan tidak dalam bungkusan tin.

Pilih bahan segar

Mengusug gaya hidup dengan clean eating tentunya harus melibatkan bahan makanan yang bersih dan segar. Jadi, pastikan anda mengambil buah san sayur bermusim, yang terjamin kesegaran dan khasiatnya. Mengambil buah imbuhan atau buah import, mempunyai risiko yang cukup berbahaya bagi kesihatan.

Masak sendiri

Ingin gaya hidup clean eating berjaya? Cuba mengolah makanan sendiri. Memasak dan menyiapkan sendiri makanan harian, tentunya akan makin mengoptimumkan usaha anda. Dengan masak sendiri, anda boleh mengukur kuantiti makanan yang akan dimakan. Selain itu, anda juga boleh lebih hemat pastinya.

Jauhi rokok dan alkohol

Kedua hal ini, adalah perkara yang pantang digunakan dalam gaya hidup clean eating. Kerana tentunya kedua hal ini tidak mewakili kata clean, kerana kandungan zat berbahaya yang dimilikinya. Jika anda ingin berjaya menjalankan pola clean eating, pastikanlah untuk tidak menyentuh kedua-dua perkara ini.

Unik, Inilah Penceraian Paling Termahal di Dunia.



Isteri kepada seorang bilionair Rusia akan membuat tuntutan separuh daripada £10 bilion (RM58.3 bilion) kekayaan suaminya sekali gus bakal mencatat perceraian termahal di dunia, lapor MailOnline.

Kes tuntutan Natalia Potanina terhadap Vladimir Potanin yang dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 30 tahun akan dibicarakan di mahkamah Moscow bermula 1 Julai ini.

Vladimir, 54, yang merupakan pemilik syarikat perlombongan dan pelaburan melahirkan hasrat untuk menceraikan Natalia kerana dia mempunyai hubungan dengan seorang wanita lain dan turut mempunyai dua anak.

“Dia memberitahu hasrat untuk bercerai pada satu majlis makan malam bersama anak-anak kami. Saya tidak menjangka perkara ini berlaku, malah tidak sanggup untuk memikirkannya,” luah Natalia.

Sebelum ini, Vladimir menawarkan kepada Natalia wang £32 juta (RM186 juta) berserta elaun tetapi ditolak dan menuntut separuh daripada kekayaannya.

Tawaran itu termasuk elaun bulanan £250,000 (RM1.45 juta) serta rumah di Moscow, London dan New York.

Bagaimanapun, Natalia menuntut 15 peratus saham di syarikat milik Vladimir iaitu Norilsk Nickel selain pegangan di syarikat Interros International.

Natalia mendakwa mereka sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. –
kosmo.com

Sadis: Lelaki Tua Ini 2 Bulan Mengembara Mencari Isteri.


Seorang lelaki tua menjadi rakyat China terbaru yang mengembara atas nama cinta.

Menurut laporan NetEase News, lelaki tua itu mula melancarkan gerakan mencari isterinya yang dikatakan berdepan dengan masalah mental selepas dia dirompak dan hilang pada awal April lalu.

Lelaki itu serta-merta mengumpul barangan miliknya ke dalam beca dan menariknya sepanjang dua bulan lalu, bergelandangan di beberapa bandar China dengan harapan untuk menemui semula isterinya.




Selain mengumpul dan menjual barangan yang boleh dikitar semula, lelaki itu juga bergantung kepada derma, khususnya makanan dan air daripada penduduk tempatan di bandar yang dilaluinya.

Lelaki itu yang namanya tidak disiarkan, turut membawa bersama-sama dua anjing sebagai teman mengembara.Bagaimanapun, setakat ini, usahanya belum berjaya. -hmetro.com.

Senin, 22 Juni 2015

Pertandingan Lumba Perahu Yang Diperbuat Dari Tin Arak.

 Darwin Beer Can Regatta adalah sebuah pertandingan yang telah diadakan setiap tahun sejak 1974 di Darwin, Northern Territory, Australia di pantai Mindil. Peserta membuat perahu menggunakan tin bir kosong, tin soda, botol minuman ringan dan karton susu. Kapal tidak diuji untuk kelayakan, yang penting boleh terapung di air, dan orang-orang yang berpakaian bebas adalah sebahagian daripada hiburan hari itu.

 Acara-acara besar lain diadakan bersamaan dengan pertandingan  Regatta, termasuk konsert, pertandingan melempar flip-flop, dan "Henley-on-Mindil" pertandingan (bernama setelah Regatta Henley-on-Todd), dimana peserta menjalankan "perahu" mereka seperti keretanya Flintstones.









Lukisan Ini Berubah Jika Dilihat Perbagai Sudut.

Berikut adalah ilusi optik yang benar-benar rapi dilakukan melalui sebuah lukisan. Ilusi optik ini boleh didapati di Gallery di Ice di Windsor, UK dilukis oleh Brian Weavers.

Wujud lukisan yang sebenarnya mulai terungkap setelah anda melihat benar-benar dari perbagal sudut yang berbeza.Jom saksikan video berikut ini:

 

Video:Cara Memakai Seluar Tanpa Menggunakan Bantuan Tangan.


Jika anda mempunyai banyak masa lapang dan tidak tahu n melakukakn apa aktiviti, anda mungkin boleh cuba helah ini. Lelaki dalam video ini menunjukkan bagaimana cara memakai seluar tanpa menggunakan tangan.

Mungkin tidak semua jenis seluar boleh menggunakan cara ini. Dalam video, lelaki itu menunjukkan cara memakai seluar tanpa resleting hanya dengan gerakkan kaki saja.


Jom saksikan video berikut ini:
 

Minggu, 21 Juni 2015

Pasti Anda Terkejut Bila Air Panas Dituang Atas Kereta BMW Ini.



Sebagai sebahagian daripada projek 'XCLUSIVECARS', artis grafiti Jerman, Rene Turrek telah mengubah BMW menjadi sebuah karya seni yang mengagumkan dengan cat transformasi.

Selepas mengecat BMW dengan gambar Hulk, ia kemudian menutupinya dengan cat khas yang akan hilang sementara ketika air panas dituangkan di atasnya.


Perhatikan bagaimana karya seni yang terungkap dalam video di atas. Adakah anda ingin memiliki kereta dengan cat seperti itu?



Lucu, Gambar Lawak Giler -825


Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita .Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog gaban comel ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.





Sabtu, 20 Juni 2015

Korang Mungkin Tidak Percaya Foto-foto Ini Bukan Hasil Dari Photoshop.


Gambar yang luar biasa dan ia kelihatan seperti tidak masuk akal, tidak semuanya harus disunting menggunakan program Photoshop atau program-program untuk mengedit foto lain. Perkara yang harus diperhatikan tentu saja momen dan timing yang tepat untuk menghasilkan foto yang luar biasa.

Foto-foto yang menarik di bawah ini merupakan beberapa contoh gambar yang sama sekali tidak mendapat sentuhan photoshop atau program-program lain. Foto-foto tersebut tulen diciptakan kerana naluri jurugambar, momen, dan timing yang tepat semasa mengambil gambar.

Berikut ini foto yang kami sajikan untuk anda semua;

















Lucu, Gambar Lawak Giler -824


Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita .Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog gaban comel ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.





Video: Mungkin Korang Tidak Percaya Anjing Ini Boleh Menyanyi Lagu Blues



Seekor anjing bernama Coyote berjaya mengemparkan para pemuzik blues yang sedang melakukan latihan di dalam studio. Begitu muzik dimainkan tiba-tiba Coyote terus menyambut dengan 'menyanyi', mengikuti irama lagu.

Namun anehnya, sebagai anjing, rupanya suara Coyote cukup sedap didengar. Aksi Coyote  membuat para pemuzik yang mendengarnya jadi ketawa.Jom saksikan video berikut ini:





Korang Mungkin Tidak Percaya Kalau Perempuan Ini Adalah Lelaki.


 Ao-Nyan adalah seorang model yang feminin dan gayanya yang menawan. Namun, Ao-Nyan sebenarnya adalah seorang lelaki bernama Midori Kamo. Dia memang bekerja sebagai otoko no musume yang ertinya adalah lelaki perempuan.

Sebagai otoko no musume, Midori bekerja sebagai seorang perempuan. Meskipun sebenarnya ialah lelaki tulen, Midori berjaya mencuri perhatian penduduk Jepun semasa berpose sebagai Ao-Nyan.

Fotonya telah terpampang di sejumlah media ternama di Jepun. Bahkan, pada Julai lalu, foto Midori alias Ao-Nyan muncul di acara televisyen, Mezamashi yang disiarkan di Fuji TV. Selepas itu, dia dijemput sebagai tetamu jemputan .

Selain menjadi model perempuan, Midori juga telah membuat buku yang berisi kumpulan fotonya yang bertajuk Anata to Anata Dake no Atashi (Me, You and the Me Only You Know). Buku itu cukup laris di pasaran dan sedang dalam proses penerbitan cetakan kedua.

Wajah yang fotogenik, membuat Ao-Nyan selalu tampil menawan dengan menggunakan pakaian apa pun. Dalam sebuah eksebisi foto di Tokyo, Ao-Nyan berpose untuk pakaian lelaki dan perempuan. Midori mengaku bangga dengan pekerjaannya sebagai otoko no musume.